Home Berita Post View

Smotrich: 700 Juta Shekel Diperuntukkan Memperkukuh Penempatan Haram Tebing Barat

Aug 17, 2023 05:07 am

 

Perbadanan Penyiaran Awam Israel, Kan 11, melaporkan bahawa Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich akan memperuntukkan bajet yang dianggarkan sebanyak 700 juta shekel untuk pelan penempatan di Tebing Barat.

Badan penyiaran tersebut melaporkan bahawa Smotrich bekerjasama dengan Menteri Misi Nasional Negara dan Penempatan, Orit Stork untuk menswastakan bajet bagi tujuan mengukuhkan penempatan di Tebing Barat termasuk di pos rawak.

Peningkatan pembinaan penempatan di wilayah Palestin telah meningkat sejak awal tahun 2023. Menurut data Suruhanjaya Penempatan dan Penentangan Aparteid, bilangan warga haram Israel di penempatan Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis mencecah 726,427 orang yang dibahagikan kepada lebih 176 penempatan, 186 pos penempatan di mana 86 daripadanya ialah pos-pos pertanian.

Related