Dalam sebuah kejadian di Tebing Barat, Israel dilaporkan menceroboh sebuah daerah di timur Nablus. Difahamkan, puluhan penduduk awam yang terlibat mengalami kecederaan.
Tentera rejim bertindak menceroboh masuk ke kawasan itu demi memastikan keselamatan pencerobohan penduduk haram ke Makam Yusuf untuk melakukan ritual Talmud di dalamnya. Susulan daripada itu, rusuhan tercetus yang melibatkan puluhan pemuda Palestin dan tentera rejim. Pasukan rejim melepaskan tembakan peluru dan gas beracun ke arah kumpulan pemuda tersebut. Akibatnya, seramai 85 orang awam mengalami kecederaan disebabkan sesak nafas, sementara seorang pemuda cedera parah di bahagian dada dan 10 yang lain cedera terkena serpihan peluru hidup.
Semasa rusuhan itu juga, tentera rejim menyerbu Kem Balata yang terletak berhampiran lalu meletupkan sebuah rumah milik pejuang Palestin, Abdullah Abu Shalal. Letupan ini merupakan cubaan kali kedua dalam tempoh beberapa bulan. Mereka turut meletupkan sebuah lagi pangsapuri kediaman warga Palestin di kem tersebut.

