Home Berita Post View

Dua Tahanan Wanita Palestin Dilayan Tidak Berperikemanusiaan Oleh Israel

Aug 15, 2023 04:11 pm

 

Mundzir Hammadah, suami kepada tahanan wanita Palestin Fadwa Hammadah dari kota Sur Baher menegaskan bahawa isterinya dan tahanan Baitul Maqdis, Nawwal Fatihah ditahan di bahagian jenayah dan sering diganggu. 

Hammadah menjelaskan bahawa beliau dapat melawat isterinya yang ditahan di penjara selepas dihalang beberapa bulan daripada membuat lawatan. Beliau berkata: "Keadaan isterinya yang ditemani oleh tahanan, Nawwal Fatihah sangat sukar kerana mereka terdedah kepada banyak gangguan, termasuk tahanan jenayah membuang sisa dan air kotor dalam perjalanan semasa mereka keluar ke Dataran al-Fura.”

Tambahnya, kedua-dua tahanan itu juga dipukul dengan teruk oleh pengawal wanita. Ia dapat diperhatikan pada wajah Nawwal Fatihah selain kecuaian perubatan yang disengajakan. Apa yang berlaku ini disifatkan sebagai pengasingan pentadbiran penjara terhadap kedua-dua tahanan dan segala bentuk penderaan terhadap mereka sebagai hukuman.

Related