Home Berita Post View

Tanah-Tanah Dirampas Yahudi, Israel Keluarkan Amaran Pemusnahan Harta Benda Warga Palestin

Aug 15, 2023 04:08 pm

 

Pasukan rejim Israel mengeluarkan notis amaran perobohan 20 kemudahan awam di wilayah Wadi al-Juz di Baitul Maqdis.

Notis perobohan ini merangkumi kemudahan-kemudahan di kawasan industri utama di Baitul Maqdis. Sebanyak 37 fasiliti perdagangan dan perindustrian di wilayah Wadi al-Juz berdepan ancaman perobohan, yang bertujuan menyokong rancangan pembangunan penempatan haram terbesar oleh pihak rejim Israel yang dipanggil Lembah Silikon.

Sementara itu, penduduk haram turut merampas sebidang tanah di wilayah Wadi Hilweh, manakala sebahagian penduduk haram yang lain memacakkan tiang-tiang besi di atas sebidang tanah yang lain. Ia adalah sebagai persiapan untuk memagar dan menutupnya dengan pintu besi untuk menguasai kawasan itu. 

Sebagai rekod, wilayah Wadi Hilweh merupakan wilayah yang paling hampir dengan Masjid al-Aqsa. Oleh kerana itu, wilayah ini sering menjadi sasaran serangan penduduk haram yang berusaha merampas harta dan tanahnya dengan berbagai cara. Pun begitu, 50 pos penempatan haram telah pun ada di dalam wilayah tersebut.

Related