Home Berita Post View

Dua Syahid Ditembak Israel di Ariha

Aug 15, 2023 04:05 pm

 

Kementerian kesihatan mengumumkan kesyahidan dua pemuda Palestin yang mati ditembak tentera rejim Israel semasa rusuhan di Kem Aqabat Jaber yang terletak di Ariha, subuh hari ini.

Kementerian yang sama menyatakan, dua syuhada itu ialah Qusai al-Walaji, 16 tahun dan Muhammad Nujum, 25 tahun yang ditembak mati oleh pasukan rejim semasa pertempuran tersebut.

Sumber tempatan melaporkan, serbuan di Kem Aqabat Jaber pada mulanya melibatkan penahanan seorang pemuda di rumahnya oleh tentera rejim. Susulan daripada itu, penduduk mula bertindak lalu mencetuskan rusuhan. Difahamkan, pasukan rejim mula melepaskan peluru hidup ke arah pemuda tersebut. Tentera rejim turut melakukan siri pencerobohan dan pencarian ke atas beberapa buah rumah di kem yang sama sebelum bertindak melakukan kerosakan dan bencana di sana.

Related