Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan bahawa tahap kesihatan kedua-dua tahanan, Nidal Meshaal dan Moez Hussein berada pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan susulan serta rawatan perubatan. Kesihatan mereka semakin membimbangkan disebabkan dasar pentadbiran penjara Israel sengaja bersikap cuai yang dalam merawat mereka. Tindakan itu bertujuan untuk menyeksa dan perlahan-lahan membunuh tahanan.
Peguam suruhanjaya itu, Sherine Iraqi berkata selepas lawatannya ke penjara Gilboa, Nidal Meshaal telah menderita sejak 2019 akibat pembesaran arteri leher yang berlaku serta-merta selepas dia disuntik dengan anestesia pergigian pada masa itu. Pada waktu tersebut, klinik penjara Israel menafikan hal ini dengan menyatakan bahawa penahanan ini merupakan penahanan beliau yang keempat dan beliau telah ditahan selama 20 bulan.
Beliau menambah bahawa tahanan Palestin, Moez Hussein yang berusia 24 tahun mengalami kerengsaan kulit yang teruk selama 6 tahun. Beliau didiagnos dengan cara berhubung dengan doktor melalui telefon dan diberi ubat tanpa doktor melihatnya secara langsung hingga membawa kepada kerengsaan bintik-bintik dan gegaran saraf. Moez berhenti mengambilnya dan meminta untuk dibawa kepada pakar dermatologi secepat mungkin.

