Pihak Pentadbiran Sivil Israel yang juga dikenali sebagai Majlis Perancangan Tertinggi sedang membincangkan 28 rancangan pembinaan penempatan baru di Tebing Barat.
Sebuah rancangan dibentangkan bagi meluluskan kira-kira 175 unit rumah di penempatan Ariel, dengan matlamat untuk mengasingkan bandar Salfit di Palestin yang dilihat bakal menjejaskan pengembangan bandar tersebut. Rancangan itu dijangka mencecah ribuan unit rumah.
Gerakan Peace Now dalam satu kenyataannya berkata, “Sehingga kini, Majlis Tertinggi Perancangan telah meluluskan 12,855 unit perumahan sebagai tambahan kepada 182 unit rumah sedia ada. Jumlah ini adalah yang tertinggi di mana belum pernah berlaku sebelum ini iaitu 13,037 unit.”

