Home Berita Post View

Israel Terus Tingkatkan Penderitaan Tahanan dengan Memindahkan Tahanan Ke Penjara Lain

Aug 10, 2023 05:18 am

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, pentadbiran penjara Israel dilaporkan telah memindahkan tahanan dari sel 4 penjara Ramon beberapa jam selepas memindahkan tahanan dari Penjara Ashkelon ke Penjara Nafha.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan menyatakan dalam kenyataannya bahawa tujuan pemindahan tahanan adalah untuk merosakkan kestabilan tahanan dan cuba mengenakan realiti kehidupan baru kepada mereka.  Mereka turut menambah bahawa pihak pentadbiran penjara Israel menghalang para tahanan membawa barangan peribadi dan harta benda mereka serta menyatakan bahawa pemindahan ini adalah pelaksanaan dan respons terhadap keputusan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

Bagi memenuhi hasrat Ben-Gvir untuk menyasarkan tahanan dan mengenakan sekatan lanjut ke atas mereka, operasi pemindahan tahanan  adalah dasar paling menonjol yang dijalankan oleh pentadbiran penjara Israel. Ia sejajar dengan rancangan Ben-Gvir untuk menindas dan meningkatkan tekanan terhadap para tahanan.

Related