Akhbar Israel, Maariv, melaporkan bahawa Mahkamah Israel di Baitul Maqdis memutuskan seorang warganegara haram, Elisha Yared bebas pertuduhan bunuh. Dia merupakan salah seorang suspek yang dituduh membunuh seorang pemuda Palestin, Qusai Mi’tan di Burqa pada Jumaat lalu.
Berdasarkan kenyataan akhbar berkenaan, pihak mahkamah menerima rayuan yang dikemukakan oleh organisasi Honnu yang membela suspek tersebut dan meluluskan pembebasannya.
Diafahamkan, Qusai Jammal Mi'tan syahid pada 5 Ogos 2023 dalam serangan yang dilancarkan sebilangan warga haram Israel di Kampung Burqa, Ramallah. Pada hari kejadian, penduduk di sana berganding bahu menentang puak Israel dan telah mengakibatkan Qusai ditembak hingga menyebabkan kematian beliau.

