Kumpulan pelampau warga haram Israel melancarkan serbuan ke atas Masjid al-Aqsa dari Pintu Mughrabi. Serbuan itu mendapat kawalan keselamatan yang ketat daripada polis Israel.
Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis menyatakan bahawa puluhan warga haram Israel menyerbu masjid tersebut dan menganjurkan lawatan secara provokatif di halamannya. Tidak hanya dengan itu, ritual Talmud turut dilakukan di kawasan Bab al-Rahma yang terletak di timur masjid.
Polis Israel terus menyekat kemasukan jemaah dari Baitul Maqdis dan wilayah yang diduduki pada tahun 1948 ke dalam Masjid al-Aqsa.
Setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu, Masjid al-Aqsa terdedah kepada beberapa siri pelanggaran dan pencerobohan oleh warga haram Israel di bawah perlindungan polis mereka.

