Home Berita Post View

Projek Penempatan Terbesar Sebagai Solusi Isu Baitul Maqdis

Aug 09, 2023 04:53 am

 

Pakar dalam hal ehwal Baitul Maqdis, Fakhry Abu Diab berkata kerajaan rejim Israel berhasrat untuk melaksanakan projek penempatan haram terbesar di Baitul Maqdis. Perancangan ini dilihat bakal merampas sebanyak 37 ribu dunum tanah milik penduduk Palestin di kawasan yang terlibat di Baitul Maqdis.

Tambahnya lagi, projek ini sebenarnya begerak berdasarkan dua laluan dalam menyelesaikan isu Baitul Maqdis seperti yang didakwa mereka. Yang pertama memfokuskan projek di dalam bandar iaitu melalui pelaksanaan projek Judaisasi, dan yang kedua melalui projek penempatan haram.

Beliau turut menyatakan rancangan tersebut turut meliputi pembinaan 57,000 unit penempatan sebagai persediaan kedatangan kira-kira 225,000 penduduk haram untuk menetap di Baitul Maqdis sehingga tahun 2030.  Projek ini bertujuan untuk mengubah keadaan demografi di sana agar berpihak kepada penduduk haram. 

Justeru, projek ini diberikan penekanan khusus untuk melaksanakannya, di mana ia merupakan langkah sebenar untuk membahagikan tanah di timur Baitul Maqdis. Di samping itu, pengurangan jumlah tanah yang diberikan kepada rakyat Palestin bagi sebarang kerja pembinaan menjadi salah satu tujuan utama projek ini. Mereka turut mengehadkan penambahan kerja-kerja rutin dan kawalan ke atas ruang umum di kota Baitul Maqdis. 

Related