Pegawai kanan simpanan Israel memberi amaran pihak tenteranya tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam peperangan yang baru apatah lagi untuk menang. Perkara ini berlaku susulan manpower yang ada mengalami kemerosotan baru-baru ini akibat gelombang keengganan untuk berkhidmat dalam barisan simpanan. Ia sebagai protes terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem kehakiman.
Ketua Pegawai Tentera Simpanan Israel, Yitzhak Brick berkata, “Pihak tentera sedia ada tidak bersedia untuk perang akan datang yang mungkin berlaku dalam tempoh beberapa bulan atau beberapa tahun lagi.” Tambahnya juga, tentera Israel sedang menuju ke arah kehancuran. Yitzhak turut menekankan, “Golongan tentera sepatutnya dijauhkan daripada politik kerana apa yang sedang berlaku ini adalah perbuatan bunuh diri beramai-ramai, dan ini adalah perbuatan bangsa yang gila.”

