Pasukan rejim Israel menekan enam buah keluarga Badwi Qaboun di Ramallah sehingga ‘terpaksa’ meninggalkan kediaman mereka.
Menurut sumber tempatan, enam keluarga tersebut meninggalkan kediaman masing-masing akibat tekanan melalui serangan yang berterusan daripada pihak rejim dan penduduk haramnya. Beberapa sumber lain turut menunjukkan bahawa bilangan individu berkaitan yang terpaksa keluar mencecah 36 orang. Mereka berhijrah keluar dari tanah Nakbah (malapetaka) Palestin tahun 1948, dan perlu berdepan Nakbah (malapetaka) baru pada hari ini.
Tambahnya lagi, pemergian keluarga Badwi ini merupakan bukti nakbah baharu dan penghapusan etnik yang sedang berlaku. Ia juga menimbulkan ketakutan terhadap perpindahan sebilangan lain yang terdedah kepada serangan penduduk haram yang bersekongkol dengan tentera dan polis Israel.

