Home Berita Post View

Remaja Syahid Ditembak Zionis di Ramallah

Aug 08, 2023 04:34 am

 

Seorang remaja Palestin, Ramzi Hamid yang berusia 17 tahun berasal dari bandar Silwad, timur Ramallah terkorban akibat kecederaan serius yang dialami beliau sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber yang diperolehi, remaja tersebut ditembak oleh pihak Zionis di bahagian perutnya semasa beliau berada di dalam kenderaannya tiga hari lalu sewaktu berada di berhampiran pintu masuk bandar berkenaan. Kecederaan berlaku selepas tentera rejim menyasarkan tembakan ke arah kenderaannya. 

Related