Home Berita Post View

Statistik Wanita Israel Berlesen Senjata Meningkat 88% Sejak Awal Tahun

Aug 08, 2023 04:32 am

 

Sumber Israel melaporkan, bilangan penduduk haram daripada kalangan wanita yang memiliki lesen senjata meningkat sebanyak 88% sejak awal tahun 2023. Sumber yang sama menyatakan, hampir separuh daripada wanita yang memiliki lesen senjata ini tinggal di penempatan di Tebing Barat.

Menurut statistik, sejak kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu memerintah, seramai 510 orang wanita telah memperoleh lesen membawa senjata, berbanding 270 wanita yang memperoleh lesen yang sama pada 2022.

Difahamkan, peningkatan jumlah itu berlaku selepas gesaan yang dibuat Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir untuk mempersenjatai orang awam Israel di samping gesaan ke atas mereka agar membawa senjata apabila meninggalkan rumah masing-masing. ​

Related