Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Israel dan Pegawai Kanan Badan-badan Kesihatan mengadakan mesyuarat tergempar bersama wakil kesatuan perubatan. Ia muncul susulan kebimbangan terhadap gelombang penghijrahan para pengamal perubatan sebagai protes terhadap rancangan kerajaan bagi melemahkan badan kehakiman yang dilihat sebagai krisis dalam bidang kesihatan.
Menurut anggaran yang dibentangkan oleh pegawai semasa mesyuarat berlangsung, kira-kira 500 orang doktor daripada pelbagai bidang kepakaran berhasrat meninggalkan Israel. Menurut pihak berkuasa penyiaran Israel, Kan 11 menyatakan, “tindakan ini dilihat mampu meletakkan Israel dalam situasi krisis kesihatan yang sangat serius.”
Pegawai-pegawai kesihatan menekankan bahawa, “meskipun bilangan doktor yang berlepas tidak melebihi 300 orang, namun krisis ini dijangka akan menjadi lebih sukar dan rumit memandangkan bilangan mereka yang pakar sedia ada sudah pun sedikit.”

