Home Berita Post View

Rancangan Besar Israel Membangunkan Rangkaian Jalan Penempatan di Tebing Barat

Aug 03, 2023 04:51 pm

 

Syarikat Netivei Israel mendedahkan satu rancangan besar untuk mewujudkan rangkaian jalan penempatan yang akan mengubah Tebing Barat dari utara ke selatannya dalam tempoh kira-kira empat tahun. Jalan tersebut akan digunakan untuk pergerakan dan perjalanan warga haram Israel di Tebing Barat dengan kadar bajet melebihi satu setengah bilion dolar.

Pelan jalan penempatan itu menjangkau kira-kira 100 kilometer yang akan dibina di sepanjang jalan penempatan No.60 dalam tempoh empat tahun. Antara jalan yang disasarkan ialah pintasan Hawara yang dianggap paling penting untuk melindungi warga haram Israel di Tebing Barat dan memastikan keselamatan pergerakan mereka selepas beberapa siri tembakan menyasarkan mereka di Hawara.

Sepanjang tahun lalu, Israel menyiapkan tujuh projek penempatan yang berkaitan dengan jalanan dan sedang berlangsung 12 projek. Selain itu, turut terdapat 11 projek penempatan lain dalam perancangan, kesemuanya mempromosikan aparteid di Tebing Barat. Projek aparteid merupakan salah satu daripada keutamaan kerajaan sayap kanan kini.

Related