Dalam sebuah kejadian, pasukan rejim Israel dilaporkan menahan 16 orang warga penduduk semasa siri serbuan yang dilancarkan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
Pejabat Penerangan Tahanan mengesahkan dalam sebuah kenyataan akhbar bahawa pasukan Israel telah menahan 13 orang rakyat Palestin semasa siri penahanan besar-besaran di Bandar Beit Ummar, utara Hebron yang berada di selatan Tebing Barat.
Mereka turut menahan ketua gerakan Jihad Islam, Sultan Khalouf dan Sheikh Hilal Khalouf dari Jenin, utara Tebing Barat. Sementara di Nablus, pasukan rejim turut menahan seorang pelajar dari Universiti An-Najah selepas menyerbu masuk ke dalam rumahnya di bandar Qabalan, selatan wilayah Nablus.

