Dalam sebuah kenyataan, Israel mengumumkan pihak kerajaannya memperuntukkan belanjawan bagi persatuan-persatuan penempatan haram yang aktif, dengan membiayai mereka Projek Lembu Merah. Projek tersebut adalah bertujuan untuk membina kuil sebagai ganti kepada Kubah as-Sakhrah (Dome of the Rock) di halaman Masjid al-Aqsa. Turut dinyatakan bahawa peruntukan dianggarkan sebanyak puluhan juta syikal.
Menurut maklumat yang didedahkan oleh persatuan Israel, Ir Amim, projek ini dilaksanakan dan di bawah pantauan Institusi Pembinaan Kuil, yang telah melaburkan usaha dan wang yang banyak bagi mencari lembu merah. Lembu merah yang dikatakan merupakan perkara paling utama kerana dengannya akan dilakukan ritual tertentu yang diperlukan bagi mendirikan Haikal yang didakwa menurut kefahaman mereka.
Saluran 12 Israel melaporkan, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Baitul Maqdis dalam kerajaan Israel, menyelia secara langsung kemasukan lima ekor lembu merah beberapa minggu lalu. Ia diimport dari Amerika dan dibawa masuk ke Israel dengan kapal terbang, sebagai persediaan untuk ritual di Bukit Zaitun yang berada bertentangan dengan Masjid al-Aqsa. Ritual tersebut menandakan permulaan ritual penubuhan bagi Kuil Ketiga seperti yang mereka dakwa.

