Seorang kanak-kanak ditembak mati oleh tentera Israel berhampiran Bandar Samu' yang berada di al-Khalil, Tebing Barat yang diduduki.
Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut, Muhammad al-Za’arir yang berumur 15 tahun terbunuh oleh peluru rejim Israel berhampiran bandar al-Samu’.
Sumber melaporkan bahawa tentera rejim Israel sengaja menembak kanak-kanak tersebut malah mereka turut menghalang kru ambulans dan orang awam daripada membantunya sejurus selepas ditembak.

