Home Berita Post View

Haniyeh Ucap Takziah Atas Kematian Soberi Awang

Aug 02, 2023 04:19 am

 

Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh menghubungi keluarga Allahyarham Dr Soberi Awang, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) di Malaysia untuk menyampaikan ucapan takziah atas pemergiannya.

Haniyeh memuji kebaikan beliau, mengatakan bahawa beliau ialah salah seorang yang mengerah usaha besar dalam menyokong perjuangan Palestin dan mempertahankannya di Malaysia. Beliau meninggalkan kehidupan dunia setelah menempuh perjalanan panjang dalam bidang ilmu, advokasi isu Palestin dan jihad. Haniyeh menyimpulkan pemergian beliau dianggap sebagai husnul khatimah rentetan pemergiannya itu dalam keadaan beliau sedang mengajar kuliah subuh di salah sebuah masjid di Malaysia. 

Haniyeh mengucapkan takziah kepada isterinya, atas sokongannya kepada allahyarham suaminya serta menyokong perjuangan Palestin. Melalui ucapan itu juga, Haniyeh turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Malaysia umumnya, ulama dan para pendakwah serta mereka yang bekerja keras untuk perjuangan Palestin.

Related