Home Berita Post View

Israel Putuskan Wujud Pagar Pemisah Dengan Jordan

Aug 02, 2023 04:18 am

 

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyatakan bahawa rejim Israel berhasrat untuk mendirikan pagar pemisah di sempadan Jordan di wilayah Wadi Araba yang bertujuan menghalang kemasukan senjata ke Tebing Barat.

Semasa mesyuarat tertutup Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset (FADC), Gallant berkata: "Pertubuhan-pertubuhan Iran dan Palestin melihat Tebing Barat sebagai titik lemah di mana pelbagai sumber dihalakan ke sana untuk melaksanakan serangan.”

Kenyataan Gallant dibuat selepas pihak pengecaman tentera Israel mengesahkan cubaan menyeludup senjata oleh penduduk Palestin merentasi sempadan Jordan di kawasan al-Ghawar pada minggu lalu, yang didakwanya dalam skala yang besar dan luar biasa.

Related