Sejumlah penduduk awam mengalami sesak nafas dalam kejadian rusuhan yang meletus selepas tentera Israel menutup pintu masuk ke Beit Ummar. Tindakan Israel ini pada awalnya bertujuan menghalang jenazah Palestin daripada dibawa masuk melalui pintu tersebut seterusnya mula melepaskan gas pemedih mata ke arah warga penduduk.
Sumber melaporkan bahawa sebilangan mereka yang turut serta dalam perarakan membawa jenazah cedera akibat sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata. Sumber yang sama melaporkan, bahawa tentera Israel bertindak memanjat bumbung-bumbung rumah yang terletak berhampiran pintu masuk ke bandar sebelum melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah bandar yang sama.
Dalam konteks yang berkaitan, beberapa orang pemuda turut mengalami sesak nafas semasa rusuhan yang meletus selepas tentera Israel menyerbu bandar al-Eizariya, Baitul Maqdis. Difahamkan, pemuda tersebut dibaling gas pemedih mata dan peluru oleh rejim Zionis yang telah menyebabkan sebilangan yang lain turut mengalami sesak nafas.

