Tahanan pentadbiran, Sadiq Kamil yang berusia 50 tahun meneruskan mogok lapar secara terbuka 20 hari berturut-turut sebagai tanda menolak penahanan pentadbirannya di penjara Israel.
Kelab Tahanan melaporkan bahawa Kamil telah ditahan pada Mac lalu. Beliau dikenakan hukuman penahanan pentadbiran selama enam bulan.
Tambahnya lagi, "Sadiq Kamil melancarkan mogok lapar tahun ini yang berlangsung selama beberapa hari selepas kesyahidan Sheikh Khader Adnan Mei lalu sebagai penolakan terhadap jenayah yang dilakukan terhadapnya dan protes terhadap jenayah kecuaian perubatan. Kamil adalah bapa kepada syuhada, Mahmoud Kamil yang meninggal dunia di Baitul Maqdis pada tahun 2020.
Kelab itu menegaskan, "Jumlah tahanan pentadbiran mencecah 1,132 orang sehingga akhir Jun lalu dan peratusan ini adalah yang tertinggi sejak 2003. Selain itu, Israel mengeluarkan berpuluh perintah tahanan pentadbiran bulan ini."

