Home Berita Post View

37 Tahanan Berdepan Dasar Kurungan Bersendirian

Jul 28, 2023 05:50 am

 

Pusat Kajian Tahanan Palestin mengesahkan bahawa pasukan rejim meningkatkan penggunaan kurungan bersendirian terhadap tahanan sepanjang tahun ini. Sehingga kini, seramai 37 orang tahanan yang dipenjarakan dalam sel pengasingan berada dalam keadaan yang kritikal dan tidak berperikemanusiaan.

Pengarah pusat kajian tersebut, Riyad al-Ashqar menganggap bahawa polisi pengasingan yang dirancang ini merupakan salah satu bentuk pelanggaran paling kejam yang dilakukan pihak pentadbiran penjara. Ia bertujuan untuk ‘membunuh’ para tahanan daripada sudut fizikal dan psikologi, iaitu dengan cara mengasingkan mereka untuk tempoh yang lama secara individu dalam sel yang tidak sesuai untuk kehidupan seorang manusia. Akibatnya, ia membawa kepada masalah kesihatan dan psikologi.

Beliau menegaskan bahawa keadaan tahanan dalam pengasingan bertambah kritikal ketika berlakunya gelombang suhu panas melampau yang teruk pada bulan Julai ini, terutamanya para tahanan yang terpencil di penjara wilayah selatan. Badan mereka terbakar tanpa belas kasihan akibat suhu panas yang melampau. Sebagai rekod, polisi pengasingan di Penjara al-Ramla dianggap sebagai salah satu bahagian pengasingan yang paling teruk di penjara Israel, di mana di sana sangat kurang perkara-perkara asas kehidupan manusia. Mereka juga berdepan pelbagai layanan kejam daripada pihak pentadbiran penjara, selain makanan yang teruk dan kurangnya pengudaraan yang mencukupi. 

Related