Rejim Zionis melancarkan operasi penahanan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis, malam semalam dan pagi ini. Mereka menyasarkan sebilangan penduduk Palestin dan tahanan yang dibebaskan.
Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa pihak musuh menahan seramai 36 orang dari Tebing Barat dan memindahkan mereka bagi sesi soal siasat oleh anggota keselamatan. Penahanan tersebut berlaku disebabkan dakwaan bahawa mangsa turut serta dalam demonstrasi menentang warga haram Israel dan rejim Zionis.
Dalam pada itu, pihak rejim menahan dua beradik ketika mereka menceroboh bandar al-Bireh dan turut menjadi mangsa tahanan ialah tujuh orang awam dari bandar Tubas. Kejadian di kota Hizman, Baitul Madis, rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin dan dua remaja selepas rumah mereka diserbu dan digeledah, dua pemuda dari Salfit dan seorang pemuda dari Tulkarm.
Tidak hanya dengan itu, rejim Zionis menyerbu bandar Husan, Baitul Laham dan menyerbu masuk berpuluh kediaman, memusnahkannya dan menahan sembilan orang pemuda termasuk seorang tahanan yang dibebaskan. Mereka juga menangkap seorang tahanan yang dibebaskan dari al-Khalil dan seorang lagi dari kota Nablus.

