Home Berita Post View

Saintis Atom Israel Protes, Pertimbang Letak Jawatan

Jul 27, 2023 04:12 am

 

Menurut laporan saluran berita Israel, Channel 13 News Israel, beberapa orang pakar nuklear terkemuka Israel, termasuk anggota Suruhanjaya Tenaga Atom Israel dan mereka yang bertanggungjawab membangunkan keupayaan nuklear Israel sedang mempertimbangkan peletakan jawatan sebagai bentuk protes terhadap rancangan kerajaan Benjamin Netanyahu untuk melemahkan badan kehakiman. 

Menurut laporan tersebut, puluhan saintis dan pakar nuklear yang bertanggungjawab atas pembangunan keupayaan nuklear Israel bercadang untuk mengambil keputusan secara individu, bukan secara kolektif. Meskipun begitu, mereka berkongsi pandangan dan berbincang antara satu sama lain. Keputusan ini masih di peringkat awal dan bersifat dalaman, dan belum didiskusikan atau dipersembahkan kepada atasan mereka.

Dalam beberapa hari lepas, ratusan askar dan pegawai termasuk juruterbang dan komander kanan Tentera Udara Israel mengumumkan mereka akan berhenti dari perkhidmatan tugas berjaga-jaga sebagai tindakan protes terhadap rancangan pembaharuan badan kehakiman di negara tersebut.

Related