Home Berita Post View

Flag March Bakal Diadakan Setiap Malam di Baitul Maqdis

Jul 27, 2023 04:10 am

 

Gerakan Kuil Yahudi dan beberapa pertubuhan penduduk haram beraliran kanan didakwa mengadakan Flag March di Baitul Maqdis. Difahamkan ia bermula pada petang atau malam Rabu semalam di mana mereka akan melalui Kota Lama. 

Israel Flag March ini menyasarkan pintu Masjid al-Aqsa, iaitu al-Jadid, al-Zahirah, al-Amoud dan al-Asbat, dan seterusnya berakhir dengan memasuki Kota Lama melalui Pintu Mughrabi dan kemudian akan ke Dataran al-Buraq.

Seruan ke atas kaum Muslimin untuk berjaga-jaga di Masjid al-Aqsa justeru semakin meningkat. Seruan ini adalah sebagai langkah menentang serangan kumpulan penduduk haram khususnya aktiviti Peringatan Penghancuran Baitul Maqdis. Seruan tersebut turut menegaskan akan keperluan penduduk Palestin mempertahankan al-Aqsa dalam berdepan ancaman besar seperti penempatan haram dan usaha Judaisasi di bandar al-Quds.

Related