Home Berita Post View

Syarikat Pemula di Israel Ambil Keputusan Untuk Keluar

Jul 25, 2023 04:14 am

 

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Start-Up Nation Central, 70% syarikat pemula dalam sektor teknologi tinggi di negara haram Israel mengambil keputusan untuk memindahkan beberapa firma mereka ke luar Israel. Ini disebabkan krisis pindaan kehakiman yang berlaku di  negara haram itu.

Matlamat tinjauan itu dilakukan bagi mengukur kesan ekonomi terhadap gabungan sayap kanan kerajaan Israel yang diketuai oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Pindaan yang dibuat akan meletakkan sekatan ke atas kuasa pengawasan dan Mahkamah Agung serta menjejaskan kebebasan badan kehakiman. 

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa antara tindakan undang-undang dan kewangan, terdapat tiga yang menonjol: mengeluarkan wang daripada rizab tunai, memindahkan ibu pejabat syarikat di luar lokasi semasanya, memindahkan dan memecat pekerja.

Related