Home Berita Post View

Tentera Israel Lancar Siri Penahanan Baru di Tebing Barat

Jul 25, 2023 04:13 am

 

Pasukan rejim Israel melancarkan kempen penahanan terbaru di beberapa buah kawasan di Tebing Barat. Pelancaran ini bertepatan dengan kerja-kerja pencerobohan besar-besaran di Kem Nour Shams yang berada di wilayah Tulkarm.

Rejim tersebut menahan tiga orang warga Pelastin dari wilayah Nablus, setelah menceroboh beberapa kawasan di wilayah tersebut. Manakala di Baitul Laham, mereka menahan seorang pemuda berusia 20-an selepas menyerbu masuk dan menggeledah rumah bapanya. Penahanan Israel turut melibatkan seorang gadis dari al-Khalil.

Siri penahanan ini bertepatan dengan serbuan sepasukan besar tentera Israel ke atas Kem Nour Shams yang berada di bandar Tulkarm. Difahamkan, mereka menggunakan jentolak-jentolak bagi merosakkan infrastruktur di bandar tersebut. Kementerian kesihatan di sana menyatakan sekurang-kurangnya empat orang warga penduduk cedera akibat ditembak manakala sembilan yang lain cedera akibat terkena serpihan peluru. Kejadian makin membimbangkan apabila ambulans turut dihalang masuk.

Related