Pentadbiran penjara rejim Israel mendakwa telah merampas beberapa barang terlarang dari bilik enam orang tahanan. Tahanan terbabit merupakan tahanan yang sebelum ini terlibat dalam operasi ‘Terowong Kebebasan’ di mana kesemua mereka berjaya melarikan diri daripada Penjara Gilboa, Israel.
Pentadbiran penjara Israel berkata bahawa siri pemeriksaan dijalankan selepas maklumat perisikan melaporkan bahawa mereka mempunyai niat melarikan diri sekali lagi. Kenyataan ini diperkuatkan dengan dakwaan penemuan barang terlarang termasuk pisau buatan sendiri, pisau cukur, dan bahan bertulis yang tidak jelas. Difahamkan, keenam tahanan bakal dihadapkan ke perbicaraan.
Enam tawanan tersebut ialah Zakariya Zubaidi, Ayham Kummaji, Yaakub Qadiri, Manadal Anfa'at, Muhammad al-Aradah, dan Mahmoud al-Aardah.

