Home Berita Post View

Seorang Syahid Dalam Serbuan Penduduk Haram di Makam Yusuf, Nablus

Jul 20, 2023 06:16 pm

 

 

Seorang pemuda terbunuh sementara tiga yang lain mengalami kecederaan akibat terkena peluru Israel. Turut dilaporkan, puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat gas beracun semasa pertempuran berlaku yang melibatkan tentera pendudukan Israel. Kejadian ini tercetus selepas pihak penduduk haram menceroboh makam Nabi Yusuf di Nablus, Tebing Barat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Nablus melaporkan kematian Badar Masri yang berusia 19 tahun mati ditembak di bahagian dada oleh pendudukan manakala seramai 35 orang rakyat cedera termasuk empat orang yang ditembak peluru hidup dan dua dalam keadaan kritikal. 

Pengarah Pusat Kecemasan Bulan Sabit Merah Wilayah Nablus, Ahmad Jibril berkata bahawa pasukan Israel menghalang ambulans itu daripada mendapatkan seorang bayi yang berusia 12 hari dipercayai lemas dalam serangan gas beracun di kawasan terbabit. Pun begitu, mereka berlari kepada bayi tersebut bagi merawatnya segera. 

Related