Data terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Israel menunjukkan penurunan drastik bilangan imigran Yahudi yang datang ke negara haram Israel sejak awal tahun ini. Penurunan ini berlaku susulan pindaan kehakiman dan ketidakstabilan dalaman yang berlaku dalam kerajaan haram Israel.
Merujuk kepada data tersebut, migrasi menurun kepada 19% berbanding tempoh yang sama tahun lalu di mana seramai 78% bilangan imigran tiba dari Rusia.
Akhbar Israel, Haaretz menyatakan bahawa terdapat kaitan yang jelas antara penurunan kadar imigresen tahun ini dan desakan kerajaan gabungan untuk meluluskan undang-undang bagi menyekat badan kehakiman. Hal ini telah membawa kepada ketidakstabilan politik dan keselamatan di negara itu.

