Penduduk Palestin sesak nafas selepas serangan yang dilancarkan warga haram Israel ke atas sebuah kediaman di Burin, Nablus yang terletak di Tebing Barat.
Sumber daripada media tempatan melaporkan bahawa sekumpulan warga haram Israel melancarkan serangan ke atas sebuah kediaman dengan perlindungan daripada tentera mereka. Kejadian yang berlaku mengakibatkan pertempuran tercetus di kawasan tersebut dan ramai penduduk awam sesak nafas.
Dalam masa yang sama, puluhan warga haram Israel menyerang kenderaan penduduk Palestin dengan batu sehingga tingkap-tingkap kenderaan tersebut pecah. Kejadian difahamkan berlaku di Kampung Beitin. Sementara itu, di Bandar al-Bireh, pertempuran terjadi di antara rejim Zionis dan penduduk tempatan ketika tindak balas penduduk terhadap serangan warga Israel. Peluru, bom gas beracun dan bom bunyi dilepaskan ke arah para pemuda dan kediaman di sana.

