Home Berita Post View

Israel Berterusan Menghalang Kerja Baik Pulih dan Pembinaan Semula Al-Aqsa

Jul 18, 2023 04:56 am

 

Polis Israel berterusan menghalang kerja-kerja baik pulih pasukan Jawatankuasa Pemulihan dan Pembinaan Semula Jabatan Wakaf Baitul Maqdis. Tentangan Israel ini dilakukan sudah memasuki hari ke-16 berturut-turut.

Pada awal Julai ini, polis Israel memutuskan untuk menghalang sepenuhnya kakitangan jabatan tersebut daripada melaksanakan semua kerja mereka di beberapa bahagian di dalam Masjid al-Aqsa. Malahan mereka turut mengancam pengarah projek pemulihan tersebut untuk menahan mana-mana pekerja yang memulakannya serta melanggar arahan tersebut.

Pasukan Israel sengaja menghalang dan mengganggu kerja baik pulih dan pembinaan semula puluhan projek penting di Masjid Al-Aqsa. Mereka turut mengenakan sekatan ketat ke atas kemasukan peralatan dan barang yang diperlukan untuk kerja-kerja ini, meskipun masjid kini berada dalam keadaan yang sangat teruk. Di samping kerja baik pulih, pembaikian bekalan elektrik, air dan beberapa bahagian penting lain juga gagal. 

Related