Rejim Zionis menceroboh Kem Jabr dan Kem Ain Sultan yang terletak di Ariha, pagi semalam.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis melancarkan pencerobohan ke atas kem sementara Aqabah Jabr dan menyerbu kampung Ali Wahdan yang terletak di bahagian tengah kem berkenaan. Seorang pemuda Palestin turut ditahan dalam kejadian tersebut.
Sumber yang sama melaporkan bahawa dalam pertempuran tersebut, peluru dan bom bunyi dilepaskan ke arah para pemuda menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera.
Sementara itu, rejim Zionis menahan empat penduduk awam termasuk seorang tahanan yang dibebaskan dari Jenin. Kejadian berlaku selepas kediaman mereka diserbu dan digeledah pihak musuh.

