Wakil Amerika Syarikat Pramila Jayapal menyifatkan Israel sebagai sebuah negara perkauman. Beliu menekankan wujudnya penentangan terancang terhadap pengkritik progresif bagi dasar Israel ke atas Palestin.
Katanya dalam salah sebuah sesi di persidangan progresif tahunan di Chicago, "Saya mahu kalian tahu bahawa kami sedang bergelut untuk menjelaskan bahawa Israel adalah negara perkauman, dan rakyat Palestin berhak menentukan nasib sendiri dan mencapai kemerdekaan. Impian two-state solution makin kabur dan mungkin sukar untuk dicapai.”
Jayapal mengkritik pembahagian tanah Tebing Barat oleh Israel, dan menyeru Kongres agar menetapkan syarat ke atas setiap bantuan ketenteraan kepada Israel jika ia terus menggunakan wang pembayar cukai Amerika untuk melanggar hak asasi manusia di Palestin.

