Home Berita Post View

Wanita Turut Menjadi Mangsa Tahanan Israel di Tebing Barat

Jul 14, 2023 09:31 am

 

Pasukan tentera Israel telah membuat siri penahanan ke atas 13 orang warga Palestin termasuk seorang wanita pada subuh Khamis semalam. Penahanan ini difahamkan berlaku di beberapa daerah berasingan di Tebing Barat.

Di Baitul Laham, pasukan tentera Israel telah menahan seorang wanita dan seorang pemuda selepas rumah mereka diceroboh dan digeledah. Manakala di Ramallah, pasukan rejim telah menyerbu Kampung Qibya, seterusnya menceroboh masuk beberapa buah rumah termasuk menahan lima warga tempatan.

Di Tubas pula, seorang tahanan yang dibebaskan merupakan salah seorang yang ditahan setelah pihak rejim menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya. Selain itu, seorang lagi pemuda turut ditahan di Nablus, dan tiga orang pemuda termasuk seorang tahanan yang dibebaskan merupakan mangasa penahanan Israel di al-Khalil. 

Related