Home Berita Post View

Seruan Menghidupkan Subuh Agung Dikala Pencerobohan Masih Berlaku ke atas Al-Aqsa

Jul 14, 2023 09:30 am

 

Puluhan penduduk haram sekali lagi menceroboh masjid suci, Masjid al-Aqsa dari arah Pintu Mughrabi dengan bantuan perlindungan ketat pihak polis tentera Israel. Pencerobohan berlaku tatkala seruan dan gesaan ke atas seluruh penduduk Baitul Maqdis agar mengambil bahagian dalam kempen kebangkitan Subuh Agung pada hari ini di sana.

Jabatan Wakaf Islam Baitul Maqdis melaporkan bahawa puluhan penduduk haram ini menyerbu dan seterusnya menceroboh masjid suci itu secara berkumpulan tanpa putus. Mereka turut melakukan lawatan provokatif di kawasan halaman masjid. Sejak pagi semalam, polis tentera Israel mengerah unit khas mereka di sana bagi memastikan perlindungan ke atas semua penduduk haram tersebut. 

Respons daripada tentera Zionis ini berlaku susulan kempen kebangkitan yang dilakukan penduduk Palestin dengan aktiviti ribath dan iktikaf di masjid tersebut sebagai tindakan untuk melindunginya daripada rancangan penghayudian. 

Related