Sebuah rumah di bandar Silwan, selatan Baitul Maqdis dilaporkan terbakar malam semalam akibat perbuatan jahat Zionis.
Sumber tempatan melaporkan, susulan daripada pencerobohan itu telah mencetuskan rusuhan di mana bom gas toksik telah dilepaskan ke arah penduduk dan rumah mereka. Akibatnya, kebakaran telah berlaku di salah sebuah rumah yang disasarkan.
Dalam masa yang sama, jentolak rejim Zionis dilihat digunakan bagi merobohkan rumah seorang penduduk di bandar al-Tur, Baitul Maqdis. Penduduk itu berkata bahawa dia terkejut apabila tentera rejim mengelilingi rumahnya dari semua penjuru tanpa sebarang waran. Perbuatan jahat rejim turut mengorbankan sebuah rumah milik warga tempatan yang dibina kira-kira 50 tahun lalu dan seterusnya dirobohkan dinding di sekelilingnya.

