Home Berita Post View

Israel Teruskan Usaha ‘Pembersihan’ Bagi Membangunkan Penempatan Israel

Jul 13, 2023 08:06 am

 

 

Jentolak milik Israel yang dilihat bekerja siang dan malam demi mewujudkan pos penempatan haram Israel yang baharu di atas kawasan runtuhan garaj lama dan pasar sayuran di tengah al-Khalil, Tebing Barat.

Persatuan Pembela Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa Zionis sedang berusaha mengenakan kawalan penuh ke atas tanah al-Khalil dan untuk membina pertalian penempatan yang menghubungkan dengan penempatan yang dibina di atas tanah Tel Rumeida ke Kiryat Arba.

Tambahnya, pembinaan pos petempatan baharu di tengah al-Khalil akan menambahkan jumlah penempatan kepada lapan. Ini akan menjadi penghalang kepada pergerakan rakyat Palestin dan mengancam untuk merampas lebih banyak tanah dan kediaman terutama di kawasan tertutup di bandar itu.

Related