Sekumpulan orang awam mengalami sesak nafas dan dua orang lagi difahamkan telah ditahan pasukan tentera Israel di Nablus.
Sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Nablus, kira-kira lima orang penduduk Palestin mengalami kesesakan nafas akibat gas toksik yang dilemparkan pasukan tentera Israel dalam serbuan di Jalan Asira, Nablus. Difahamkan, mereka telah dirawat sejurus selepas kejadian di kawasan lapangan berdekatan.
Tambahnya lagi, pasukan Israel turut menyerang ambulan di sana dengan melepaskan beberapa tembakan di mana telah mengakibatkan cermin bahagian depan ambulan tersebut pecah.
Dalam konteks yang sama, sekurangnya dua orang penduduk termasuk seorang tahanan yang dibebaskan telah ditahan sejurus selepas rumah mereka digeledah pasukan rejim.

