Home Berita Post View

Israel Larang Sheikh Ikrimah Sabri Keluar Dari Palestin

Jul 13, 2023 08:03 am

 

Israel kenakan larangan perjalanan ke atas imam dan khatib Masjid al-Aqsa, Sheikh Ikrimah Sabri yang berusia 84 tahun selama enam bulan.

Pejabat Undang-undang Sheikh Ikrimah Sabri melaporkan bahawa anggota perisikan Israel menyerbu rumah beliau tanpa sebarang amaran dan pertimbangan memandangkan usia Sheikh Ikrimah yang sudah lanjut. Beliau menerima notis larangan perjalanan selama enam bulan dengan alasan pergerakannya keluar mendatangkan bahaya kepada Israel.

Pada bulan Mei lalu, Sheikh Ikrimah telah dipanggil untuk disoal siasat serta dilarang memberi keterangan kepada media Arab dan Palestin, dan kemudiannya beliau dilepaskan.

Related