Isnin semalam, kira-kira lima orang warga Palestin mengalami kecederaan selepas ditembak tentera Zionis Israel di Tebing Barat.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pasukannya telah merawat lima kes kecederaan yang mana seorang daripada mereka ditembak dengan peluru hidup, dan empat yang lain akibat peluru logam. Difahamkan, kejadian berlaku di Kampung Shuqba yang terletak di Ramallah.
Sementara di Kampung Shuqba, tentera Zionis turut menggeledah rumah keluarga as-syahid Ahmad Yassin Ghaitan. Rentetan itu, rusuhan tercetus yang melibatkan puluhan warga penduduk Palestin. Akibatnya tentera Zionis mula bertindak dengan menggunakan peluru hidup dan logam untuk meleraikan rakyat Palestin.
Sebagai rekod, Ghaitan syahid selepas melakukan serangan tembakan di mana telah mencatatkan kematian seorang tentera Zionis berhampiran Nablus.

