Home Berita Post View

Penduduk Palestin Diserang dan Ditahan Israel di Nablus

Jul 12, 2023 04:26 am

 

Seorang warganegara mengalami kecederaan akibat ditembak peluru hidup, sementara dua lagi ditahan. Kejadian tersebut difahamkan berlaku semasa serbuan tentera Israel ke atas Kem Tentera yang baru yang terletak di Nablus, di Tebing Barat. 

Sumber melaporkan, seorang warganegara mengalami kecederaan akibat ditembak dengan peluru hidup di bahagian leher sebelum dibawa ke hospital. Mereka turut menahan dua orang warganegara, termasuk seorang tahanan yang dibebaskan, selepas rumah mereka diserbu dan digeledah.

Dalam konteks yang berkaitan, sebilangan rakyat di perkampungan selatan al-Arqa di Jenin mengalami kesesakan nafas selepas dibaling dengan gas pemedih mata semasa rusuhan yang meletus. Rusuhan yang melibatkan tentera Israel tersebut setelah menceroboh beberapa buah kampung di wilayah itu.

Related