Pihak Berkuasa Pemegang Amanah al-Aqsa berkata bahawa Israel mengganggu dan menghalang projek pembinaan semula di Masjid al-Aqsa dengan tujuan mengurangi rusuhan yang berlaku di kota Baitul Maqdis demi kebaikan projek pengyahudian.
Seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah al-Aqsa, penyelidik Baitul Maqdis, Fakhri Abu Diab memberi amaran bahawa rejim Zionis secara beransur-ansur membawa masuk anasir Yahudi ke Masjid al-Aqsa, mengubah status undang-undang, agama dan sejarah masjid. Selain itu, mereka merampas sepenuhnya kuasa dari Jabatan Wakaf Islam.
Fakhri Abu Diab menyatakan bahawa Israel mengambil alih semua kuasa wakaf dan mengekalkan mereka untuk menjaga hal ehwal jemaah Islam. Ini merupakan strategi dan rancangan menuju pengyahudian Masjid al-Aqsa dan pembahagian tempat dan masa terutamanya kawasan bab ar-Rahmah. Pembahagian itu dilakukan bagi melakukan ritual Talmud dan menjadi tempat untuk mereka meneruskan rancangan yang telah disusun.

