Home Berita Post View

Rampas Rumah Palestin, Beri Pada Warga Haram Israel

Jul 12, 2023 04:24 am

 

Rejim Israel bertindak mengosongkan kediaman milik keluarga Son Laban di kota lama Baitul Maqdis dan menyerahkan kediaman tersebut kepada warga haram mereka untuk diami.

Warga haram Israel telah melancarkan operasi pencerobohan sebuah kediaman dan mengusir pemilik kediaman tersebut iaitu keluarga Sob Laban yang terletak di kota lama Baitul Maqdis. Pemilik telah diusir manakala sesiapa sahaja yang bersolidariti bersama mereka telah ditahan. 

Rejim Israel telah menetapkan tarikh akhir untuk pengosongan rumah itu yang telah berakhir pada Ahad lalu. Warga Israel sebelum ini telah mengambil alih bahagian atas bangunan dan bahagian lain beberapa tahun sebelumnya. Kediaman milik keluarga Sub Laban kekal di tengah yang dikelilingi oleh penempatan haram Israel di sekelilingnya.

Related