Home Berita Post View

Wanita 60 Tahun Ditembak dan Ditahan Zionis

Jul 11, 2023 04:46 am

 

Pihak rejim Zionis telah bertindak melepaskan tembakan terhadap seorang wanita warga emas Palestin. Tembakan itu mengena pada bahagian kaki wanita tersebut dan mendatangkan kecederaan agak serius. Kejadian itu berpunca daripada dakwaaan yang telah dilontarkan kepadanya bahawa beliau cuba menikam seorang anggota tentera rejim Zionis. Insiden tidak berperikemanusiaan ini berlaku berhampiran kejiranan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis.

Lain pula kejadian yang tercetus di pos ketenteraan Qalandiya, apabila rejim Zionis telah melancarkan serangan dan memukul dua orang pemuda di sana. Sementara itu, pihak musuh melanjutkan operasi penahanan dengan menahan seorang penduduk dari kota al-Tur, Baitul Maqdis.

Related