Pasukan rejim Israel dan penduduk haram berterusan melakukan jenayah dan pencabulan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis pada bulan Jun lalu.
Pusat Maklumat Palestin, Maata dalam laporan berkalanya menyatakan sebanyak 3027 kes pelanggaran penduduk haram pada bulan Jun lalu, yang telah mengorbankan seramai 21 orang penduduk awam dan lima orang kanak-kanak.
Pasukan besar tentera Israel menyerbu Bandar Jenin dan penempatan sementaranya pada 19/6 lalu seterusnya melepaskan peluru hidup dan bom gas beracun ke arah warga penduduk. Akibatnya, lima orang rakyat Palestin syahid sementara 91 yang lain mengalami kecederaan termasuk 23 orang kritikal.
Sebagai rekod, jumlah kecederaan mencecah 759 yang melibatkan kes kebakaran yang dilakukan pasukan Israel dan penduduk haramnya. Jumlah ini termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua. Manakala jumlah operasi tembakan yang dilakukan tentera Israel dan penduduk haramnya mencecah 186 orang.
Selain itu, penduduk haram turut membakar salinan Al-Quran semasa serangan ke atas kampung Orif yang terletak di Selatan Nablus, di samping merosakkan beberapa buah masjid di kampung itu.

