Sekumpulan warga penduduk termasuk empat wanita mengalami kecederaan semasa pertempuran yang melibatkan tentera rejim Israel di beberapa kawasan di al-Khalil, Tebing Barat.
Sebuah sumber menyatakan, kumpulan rejim dilihat telah melepaskan peluru hidup dan gas beracun ke arah penduduk awam, susulan daripada itu dua orang pemuda cedera akibat terkena tembakan peluru hidup. Tidak hanya itu, difahamkan seorang tentera rejim turut melepaskan tembakan tepat ke arah rumah warga penduduk di situ. Pertempuran ganas yang berlaku yang melibatkan kumpulan pemuda dan pasukan rejim berlaku di bandar Beit Ummar.
Sementara di Kem al-Arroub, dua pemuda mengalami kecederaan akibat ditembak rejim Israel serta puluhan yang lain mengalami sesak nafas semasa kejadian rusuhan tersebut. Di samping itu, empat orang wanita dilaporkan tercedera selepas kenderaan mereka dilanggar trak tentera Israel semasa pertempuran yang meletus di bandar Yatta, selatan al-Khalil.

